Disclaimer
![]() ( Let My Faboulousity Kills You ;) ) Tagboard Music Player (paste with your own music player) Credits
| Maggi Kahwin ~!
![]()
Asyik tutorial saja ? Nak juga cerita diri sendiri. Okay ! Tajuk kita Maggi. Apakah ? Puteri raja pun makan maggi kah ? Ayoyo, bukan salah akak ya, ini salah Putera Mahkota. Hari ini pembantu istana kami pergi ke Pesta Jom Hibur. Jadi tinggallah kami di istana. Putera Mahkota pula, balik sahaja dari Masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Dia boleh request nak Maggi. Teruknya perangai, dalam banyak makanan dalam dunia ini boleh beli. Dia nak Maggi, dah itu, merajuk pula itu. Ish ish ish ! macam budak kecil. Jadi nak tak nak kenalah akak masak Maggi Kari untuk Putera Mahkota.
Dahlah menyusahkan orang, lepas itu dia nak 2 pula ! Ish ish ish ish ish ! Hah ! panjang betul Ishnya. Masalahnya Maggi kari ada 1 saja ! Lagi satu Maggi laksa. Aduhai ! tiba tiba idea muncul untuk Kahwinkan kedua duanya ! Jadi akak buka kedua paket.
"Eh mana lagi satu kari ?" Soalnya
"Tiada."
"Aloh. Ini untuk apa ? Sin nak makan sekalikah ?"
"Taklah, Kahwin"
"Apa pula kahwin ini ? Kita kan dah kahwin !"
"Eii, inilah ! maggi kahwin" Akak masukkan kedua dua perencah di dalam periuk.
"Ehhh asal camput ! tak sedap..."
"Okay biar sin makan !" Kak sin kacau kacau sikit dan letak di dalam mangkuk.
"Ish, tak sedap, siap Sin !"
"Kalau sedap ?" Kak Sin suapkan sesudu maggi, apabila dia tidak memberi respon, akak menarik mangkuk itu pada akak. Tak nak sudah !
"Eh bagi sini balik ! Tengok perut dah gemuk itu ! Jangan gemukkan lagi."
"Eleh kata sajalah sedap."
"Mana ada. Tapi sebab Sin yang masak, sedaplah. Kalau kata tak sedap kena ketuk pula !"
"Ceh, poyo saja !"
Jadi kesimpulannya, sedaplah juga maggi kahwin ini. Sebab admin pun dah cuba. tapi jangan cuba selalu. Nanti botak, akak juga susah !
|